Wednesday, March 4, 2009

KAYNS RESORT PORT DICKSON

Percutian pertama untuk tahun 2009 ini bermula di Kayns Resort Port Dickson.
Terletak di Teluk Kemang.. jalan masuk melalui Hotel Ancasa.

Dihadapan Resort



Betapa seronoknya mereka mandi kolam..


Dah mandi kolam.. mandi laut plak.

Pemandangan laut dari resort.

Kepada mereka yang ingin bercuti, datang la kesini.. tempat selesa dan pemandangan menarik.

Saturday, January 10, 2009

Pencapaian Tahun 2008

Tahun 2008 telah berlalu. Kini tahun 2009 menghadirkan diri. Apapun yang terjadi, masa tetap akan berlalu. Jadi imbasan 2008 membuktikan perjalanan untuk menjadi jutawan semakin menjadi realiti. Mungkinkah matlamat 40 tahun menjadi jutawan itu menjadi kenyataan?

Hanya perancangan yang mantap dan kawalan kewangan yang berterusan pasti akan menjadikannya satu kenyataan. Alhamdulillah, dengan sokongan perniagaan dan rakan-rakan, semoga matlamat tahun 2009 bakal menjadi pengukur perjalanan menuju ke alam jutawan.

Pencapaian Dan Kenangan Tahun 2008

1. Simpanan - Puluhan Ribu (kurang sikit dari target sebenar).
2. Melancong Dalam Negara

a) Tanjung Demong Beach Resort (Besut, Terengganu)


b) Pengkalan Balak (Melaka)


c) Impiana Hotel (Kuala Lumpur)

d) Dormani Hotel (Kuching, Sarawak)
e) Kg Serusup (Tuaran, Sabah.. Beraya kat kampung le..)

3. Melancong Ke Luar Negara

a) Sheffield, UK.

b) Manchester, UK.

c) Chatsworth, UK.

d) York, UK.


e) London, UK.


f) Edinburgh, Scotland.

g) Glasgow, Scotland.
4. Memiliki Kereta Baru - Honda City Vtec.
5. Kenangan Teristimewa

a) Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 7, Di Edinburgh, Scotland.

b) Menghadiahkan Isteri Beg dan Jam Tangan (Jenama DKNY)
Perancangan Dan Matlamat Untuk Tahun 2009

1. Simpanan - Ratusan Ribu

2. Melancong Dalam Negara
  • Langkawi
  • Pulau Pangkor
  • Bukit Merah Lake Town Resort
3. Melancong Luar Negara

  • Jepun
  • Australia
Semoga segala perancangan akan menjadi kenyataan. Insyaallah.

Sunday, January 4, 2009

Edinburgh, Scotland

Hari Ketiga, Edinburgh (27/12/2008)

Berjalan-jalan di sekitar bandar (High Street dan Edinburgh Castle)



Skating ditempat terbuka.. cuba agak berapa suhu sehingga ais tu tak cair?
Satu pengalaman yang sukar diperolehi.




Melihat keunikan Edinburgh Castle.
Terletak ditempat yang tertinggi di bandar Edinburgh.

Dapat melihat keindahan bandar.

Obor berapi di hadapan pintu masuk castle.


High Street, Jalan menuju ke Edinburgh Castle.

Sempat bergambar dengan orang Scotland yang memakai skirt dan bermain muzik tradisional.
Skirt tu dipanggil "kilt"


3 hari berada di Scotland adalah satu pengalaman yang menarik sekali. Pemandangan yang menakjubkan dan bangunan yang tahan beratus tahun. Selepas ini, ikuti kisah pengalaman di London, sebelum berangkat balik ke Malaysia.

Sunday, December 28, 2008

Glasgow, Scotland

Hari Kedua, Glasgow (26/12/2008).

Dah.. sampai scotland, kena la gi Glasgow. Dari Edinburgh ke sana naik bas. Dalam sejam 10 minit sampai.

Sape dari Edinburgh nak ke Glasgow.. naik la bas nie.


Kat sini takde bergambar sangat.. bandar agak moden. Cuma best untuk shopping..


Di tengah-tengah bandar

Buchanan Street.. tempat terkenal untuk shopping.. mesti singgah.


Dengar rakan senegara yang baru dikenali.. memang ramai rakyat malaysia kat sana. Ada satu akak tu kata.."nie shopping dah tak sador diri dah nie".. he he.


Buchanan Street.. masa nie BOXING DAY..Ramai giler

Memang Syurga membeli belah( untuk yang ada duit. Yang takde.. jadi ape yer)

Nie masa nak balik.. dalam kul 5.12 ptg. (dah malam). Tak sempat nak bergambar bebanyak. masa singkat. Cuma menghayati..orang yang membeli belah.